Thursday, 26 October 2017

PERAYAAN HARI GAWAI SUKU KAUM IBAN

Perayaan Hari Gawai Masyarakat Iban

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana meriahnya hari Gawai diadakan oleh suku kaum Iban di Sarawak.Sebagai bumiputera Sarawak,ingin saya kongsikan tentang pengalaman semasa hari Gawai diadakan.

Semasa pagi 31 Mei, 'ranyai' akan didirikan di 'ruai' rumah panjang sebagai simbolik.'Ranyai' tersebut akan digantungkan dengan makanan(roti @ air kotak),belon dan lain-lain hiasan yang dikenali 'buah ranyai'.Kaum Iban biasanya akan 'ngajat' mengelilingi 'ranyai' dengan iringan pukulan alat muzik tradisional kaum Iban.

LATAR BELAKANG
Hari Gawai akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun pada setiap tahun.Seperti kebiasaan,saudara mara akan balik ke kampung (rumah panjang) pada tarikh tersebut.Semestinya meriah jika disambut dengan saudara mara yang telah lama tidak berjumpa.

ASAL USUL
Mengikut cerita zaman nenek moyang dahulu,Hari Gawai diadakan sebagai tanda tamatnya musim menuai dan menunjukkan kesyukuran terhadap rezeki yang kami terima sepanjang tahun.Mengikut kalendar suku kaum Iban,tarikh Hari Gawai adalah merupakan  tarikh tahun yang baru kepada musim menuai.

PANTANG LARANG
'Ranyai' yang didirikan itu tidak boleh terjatuh.Jika terjatuh ianya tidak boleh didirikan semula.Pada jam 12 tgh/mlm pada 31 Mei,penduduk rumah panjang akan berkumpul di ruai 'tuai rumah' ataupun ketua rumah panjang untuk minum 'air pengayu'.Ini sebagai tanda mulanya tahun baru musim menuai.

No comments:

Post a Comment

MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN

HINAVA Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan ...